Thursday, 2 June 2011

kritikan Filem: KARAK.

erm...harapan begitu besar sebelum masuk panggung, sebab nak pergi tengok filem hantu, yang di posternyer...hati berkata, mesti lain dari yang lain...Uhuuuu masuk aje dan tonton, rupa-rupanya....sound effect bagus sangat.... effect make-up, pada watak hantu dengan bantuan teknologi terkini, bagus jugak. Tetapi pada bahagian jalan cerita, akhir cerita dan klimaksnyer...apa lagi mulut ni memaki-makilah...terasa rugi pulak, menontonnyer. Rasanyer bagus lagi melabur duit rm 10.00 tu kepada filem barat, sebab memang puas hati. Yerlah bayangkan sebelum beli tiket memang dah terfikir-fikir, tapi hati nak juga nekad tengok filem tu, baguslag tengok filem kartun 'RIO'....oklah tu jerlah nak cakap, peringatan untuk diri sendiri serta kawan2. Uh...KARAK lah sangat, awat tak letak tajuk KERAK.

Saturday, 14 May 2011

My New Heart 2

My New Heart




Anak-anak lorong; Telefilem di Astro

Kenapa ye, dalam telefilem ini, di akhir cerita watak si adik di matikan, tidak dapat bersama menikmati kasih sayang seorang kakak yang begitu menyayanginya. Adik di matikan setelah si ibu yang ditolak dan terhantuk kepalanya pada dinding simen berpaku. Perlukan dalam cerita melayu, sentiasa di 'ending'kan sebegini. Geram hati menontonya, bukan geram pada para pelakon yang melakonkan watak-watak yang diberi, tapi pada pengarahnya dan mungkin pada pengarap ceritanya.  Kritikan para watak adalah seperti dibawah: 

Wan Maimunah, sebagai mami atau ibu ayam yang menjadi tauke dalam cerita ini, tidak perlulah di gambarkan melalui pakaian seumpama bomoh, dan tidak perlu cuba menghisap rokok dengan bersungguh, dan tidak perlulah mengunakan dialog yang 'wat lu'...'wat lu'....kita semua mengetahui lakonan Wan Maimunah dalam semua cerita menjadi, beliau seorang berpengalaman berlakon untuk filem, drama apatah lagi teater, cukuplah pakaiannya dengan t-shirt, jeans dan cukuplah sekadar rambut bersanggul.

Watak Lisdawati, sesuailah dari segenap  sudutnya, sebagai seorang pelacur dan seorang ibu yang masih menyayangi anak-anaknya, biar pun anak-anak itu adalah anak luar nikah. Nasib baik Lisdawati tidak melakonkan seorang pelacur dan ibu yang mendera anak-anaknya, kalau tidak jawapannya....betambah geramlah hati saya.

Geram juga melihat watak penyangak yang di lakonkan oleh Fauzi Nawawi dan seorang lagi penyangak yang begitu bersungguh-sungguh mengejar watak kanak-kanak yang melepaskan diri dari kurungan, dan tidak perlulah menggunakan dialog terjerit-jerit untuk menampakan mereka itu penyangak. Watak penyangak itu boleh dimatikan dengan cara lain, tidak perlu dengan cara kemalangan. Mungkin boleh digambarkan mereka ditangkap pihak polis atau orang ramai pula yang mengejar mereka, dan menyerahkan mereka pada pihak berkuasa.

Banyak lagi saya nak komen mengenai Telefilem; Anak-anak Lorong ini terbitan Astro pada 13/5/2011, jam 9.00 malam. Tunggu ye.....

Sunday, 24 April 2011

Ulasan Teater: SAMSU

Teater ini patut di beri pujian, dengan isu ketagihan minuman keras oleh si ayah, mendatangkan kemelaratan pada seisi keluarga, si anak yang tidak bersekolah dipaksa mencari barangan buangan untuk menampung keluarga, si ibu yang sakit terpaksa bekerja untuk turut membantu perbelanjaan rumah. Anak gadis pula dijual dan tergadai kehormatannya semata-mata untuk melepaskan ketagihan arak oleh si ayah. Akhirnya si ayah di bunuh oleh isterinya demi menegakkan maruah keluarga, namun nasib tidak menyebelahi si ibu, diakhir cerita si isteri dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Melihat teater: 'a theatre/ contemporary dance: SAMSU The Unquenched Thirst' adalah satu pengalaman baru untuk saya sebagai penonton teater, setelah sekian lama tidak melibatkan diri sebagai penonton.

Teater ini secara keseluruhannya dipersembahkan dalam bahasa Tamil. Namun ianya idak menjadikan saya kerusi batu, dengan mulut terganga, kerana setiap penonton Melayu pasti memahami akan situasi dalam teater ini dari awal, klimaks sehinggalah endingnya.

Secara fizikal dialog memang dalam bahasa Tamil, namun secara emosinya pemahaman itu di garap dan diluahkan secara kemas melalui unsur taridra yang di selang selikan dengan setiap lakonan pelakon. Tarian kontem yang di garap oleh saudara Rithauddin, saya begitu mengkaguminya.

Muzik iringan, begitu berkesan, panas, suram, sedih daan gembira serta kelakar, berjaya diperdengarkan dengan meminta para penonton memahaminya dengan cepat dan mudah. Tahniah.

Apa-apa pun, secara tak langsung saya sebagai penonton baru untuk teater aliran Tamil ini, dapat mempelajari bahasa ibunda mereka.

Tahniah dan terima kasih untuk Asthana Arts Group.

Thursday, 21 April 2011

Suasana

Malam ini saya menghadiri satu mesyuarat ringkas di Concorde Inn, KLIA, anjuran Kementerian Sumber Manusia, membincangkan 'Noss' pengubahan bunga untuk diterapkan kepada Pusat Kemahiran seluruh Malaysia. Bersama Datin Shamsiah, Kak Mastura, I ling dan Cik Sakinah. Begitu terperinci sekali perbincangannya, dari teori sehinggalah pada fasal pratikal. Seandainya 'Noss' ini berjaya, paraa pelajar pusat kemahiran harus mengikuti krusus ini di peringkat sijil selama dua tahun iaitu empat semester.  

Apa yang seronok adalah, suasana dan pengalaman baru. Perkongsian idea mata penting untuk membangunkan fasal-fasal yang dikehendaki.

Wednesday, 20 April 2011

Kritikan Filem: Merong Mahawangsa

Malam pertama di tayangkan, saya mula menempah tiket di wangsa walk, dalam hati begitu berdebar-debar untuk mengikuti perkembangan cerita ini, antara tragis,sadis, klimaks dan endingnya.

Melihat garapan pada suasana zaman dahulu , lautannya, perkampungan melayu, pakaian para pelakon, props dan set juga tutur bahasa, amat mengkagumkan saya. Wow...

Saya juga ingin memberi pujian, pada lakonan khir, tapi bukan pada lakonan watak utamanya , kerana lakonan watak utama biasa sahaja, cuma diberi pujian para ketampanan serta kegagahan fizikal sahaja. Begitu juga gambaran yang diberikan pada perkampungan kumpulan lanun, amat bagus dan hidup suasannya.

Watak orang orang kampung serta pengikut lanun begitu, lemah dari segi fizikal dan lakonan terutamanya bila saat peperangan berlaku.

Amat bagus seandainya, watak Umi Nazira, perlu sekali mengikuti orang-orang kampung untuk menentang lanun demi melunaskan dendamnya, bagus sekali sekiranya beliau juga pandai bermain senjata.

Keseluruhannya, filem ini berjaya mengangkat martabat filem Melayu, dan saya doakan ianya mendapat anugerah di peringkat Antarabangsa. Ternyata Merong Mahawangsa, ada lah filem terbaik antara filem-filem lain pada alaf ini. Bersesuaian dengan kos yang dikeluarkan juga sidang promosi yang dibuat. Syabas untuk KRU Production.

Monday, 18 April 2011

Selamar datang ke TUNJONGgallery....

Kepada pembaca dan pelayar blog yang tercinta, selamat datang ke 'TUNJONGgallery'.Dalam blog ini anda akan dapat mengikuti perkembangan semasa yang mendatangkan faedah serta menanam minat juga melakarkan bakat anda yang terpendam. Apa yang akan saya isi dan lampirkan dalam blog ini adalah gambar-gambar gubahan bunga serta hiasan pelamin Melayu,Iindia dan Cina. Anda akan dapat membezakan apa yang diingini serta yang tidak diingini oleh ketiga-tiga kaum dalam majlis perlahwinan mereka, terutamanya melibatkan tatahias juga decorasinya.' TUNJONG galery' juga akan memaparkan lukisan diatas kanvas dengan mengunakan cat arcalic dan cat minyak, saya pastinya ianya akan memberikan idea untuk anda selaku peminat seni untuk menghasilkan idea yang seterusnya.

Tidak ketinggalan juga saya akan mengulas setiap filem yang di tonton, pasti seronokkan, kepada mereka yang suka mengkritik, jom kita sembang-sembang dalam ruangan' Kritiklah ual'.

Tidak lupa juga, saya akan menulis skrip dan cerpen pendek untuk dibaca dan dtafsirkan bersama. Saya pasti ada diantara anda, memang gemar menulis. Tulislah apa sahaja, kerana hasil dari penulisan itu, pasti kita akan menemui seninya, yang malah boleh dikomersialkan. Anda pastikan.

Thursday, 14 April 2011

Pengubahan bunga

Gubahaa  bunga, memberi banyak maksud pada peminat setia yang senang hati mengikuti setiap perkembangan berkaitan bunga dan cara mencantikkannya
-memperbanyaakan hasil gubahan atau rekaan yang berlainan
-menggunakan jenis bunga bersama bahan-bahan lain
-menggunakan pelbagai  jenis bunga serta daun bersama bakul atau pasu yang pelbagai saiz serta warna
-menggunakan bunga hidup lebih menampakkan kelas tersendiri
-kelebaran daun serta saiz besar kecil bunga amat penting
-kesesuaian serta keserasian gubahan berkenaan bertujuan apa cthnya; meja makan bulat atau panjang
-teknik pengubahan yang tersendiri
-campuran bunga hidup bersama bunga palsu
-jenis berdiri, jenis jatuh atau jenis menebar
-juga untuk gubahan bunga lanskap

flower deco part 2


 VVIP  long table


 flower table
 side flower deco with pott
 round pelamin







 entrance



 VIP table round

Wednesday, 13 April 2011

HIDUP

malam belajar
pagi merangkak
tengahari berdiri 
senja berlari

Selagi hidup
isiperut bumi tidak berhenti
siang dan malam berganti

dan 
besok... berlari lagi
mengerti...erti hidup
apa yang dikehendaki

flora deco part 1

 vip round table-wedding dinner
 plate deco with flowers stalk & napkin
 farry tail light backdroup wedding


 walkway flower wedding
enterance arch -wedding
 vip viking table-corporate

vip round table -corporate

About Me

Menjadi titik jerih dan payah dikala bangkit dari sedikit kesusahan,dengan semangat kental serta rencah demi mengajar kejayaan jua kebahagiann, sedikit demi sedikit berjaya diri ini membahagiakan diri sendiri jua keluarga dan rakan rakan sekeliling, mempunyai pengalaman dalam penulisan puisi, cerpen,novel serta skrip drama hasil mengikuti krusus Penulisan Kreatif dari Melacca Academi of Arts, diri ini berterima kasih tidak terhingga khas untuk bapa angkatku Allahyarham Othman Puteh. Berkat sokongan beliau, karya karya menarikku pernah diterbitkan untuk Dewan Sastera, Majalah Wanita, URTV, Siaran khas untuk rancangan radio melaka, berpuisi bersama T.Y.T.Sehinggalah diri ini dianugerahkan Anugerah Kreatif, terima kasih diriku pada Utusan Publisher juga NTV 7.Diriku berjaya mengenggam segulung Diploma Penulisan Kreatif,Syukur pada Allah SWT.

Berkat sokongan keluarga dan rakan-raakan, terutamanya Arwah nenek tersayang, Halimaah binti Deraman, juga Arwah ayah tercinta Razali Bin Omar, dan sehingga kini sokongan padu dari ibu yang amat memahami Mek Essah Binti Yusoff, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Lembah Pantai, 3 tahun saya mengkaji segala teori dan pratikal melibatkan Seni Persembahan Drama.2011, berjaya mengenggam segulung Ijazah Seni Persembahan. Biar pun bukan senang untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan, diriku tetap gigih mencari peluang dan ruang untuk meneruskan minat dalam pekerjaan seni sehingga sekarang. Masa beredar, matahari terbit dan terbenam ternyata sudah hampir tujuh tahun diriku terlibat dengan  bidang decorative. Pesan ku pada diri, berusaha mencapai apa yang diingini bersama minat mendalam pasti, CEMERLANG.