Sunday 24 April 2011

Ulasan Teater: SAMSU

Teater ini patut di beri pujian, dengan isu ketagihan minuman keras oleh si ayah, mendatangkan kemelaratan pada seisi keluarga, si anak yang tidak bersekolah dipaksa mencari barangan buangan untuk menampung keluarga, si ibu yang sakit terpaksa bekerja untuk turut membantu perbelanjaan rumah. Anak gadis pula dijual dan tergadai kehormatannya semata-mata untuk melepaskan ketagihan arak oleh si ayah. Akhirnya si ayah di bunuh oleh isterinya demi menegakkan maruah keluarga, namun nasib tidak menyebelahi si ibu, diakhir cerita si isteri dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Melihat teater: 'a theatre/ contemporary dance: SAMSU The Unquenched Thirst' adalah satu pengalaman baru untuk saya sebagai penonton teater, setelah sekian lama tidak melibatkan diri sebagai penonton.

Teater ini secara keseluruhannya dipersembahkan dalam bahasa Tamil. Namun ianya idak menjadikan saya kerusi batu, dengan mulut terganga, kerana setiap penonton Melayu pasti memahami akan situasi dalam teater ini dari awal, klimaks sehinggalah endingnya.

Secara fizikal dialog memang dalam bahasa Tamil, namun secara emosinya pemahaman itu di garap dan diluahkan secara kemas melalui unsur taridra yang di selang selikan dengan setiap lakonan pelakon. Tarian kontem yang di garap oleh saudara Rithauddin, saya begitu mengkaguminya.

Muzik iringan, begitu berkesan, panas, suram, sedih daan gembira serta kelakar, berjaya diperdengarkan dengan meminta para penonton memahaminya dengan cepat dan mudah. Tahniah.

Apa-apa pun, secara tak langsung saya sebagai penonton baru untuk teater aliran Tamil ini, dapat mempelajari bahasa ibunda mereka.

Tahniah dan terima kasih untuk Asthana Arts Group.

No comments:

Post a Comment