Wednesday 13 April 2011

About Me

Menjadi titik jerih dan payah dikala bangkit dari sedikit kesusahan,dengan semangat kental serta rencah demi mengajar kejayaan jua kebahagiann, sedikit demi sedikit berjaya diri ini membahagiakan diri sendiri jua keluarga dan rakan rakan sekeliling, mempunyai pengalaman dalam penulisan puisi, cerpen,novel serta skrip drama hasil mengikuti krusus Penulisan Kreatif dari Melacca Academi of Arts, diri ini berterima kasih tidak terhingga khas untuk bapa angkatku Allahyarham Othman Puteh. Berkat sokongan beliau, karya karya menarikku pernah diterbitkan untuk Dewan Sastera, Majalah Wanita, URTV, Siaran khas untuk rancangan radio melaka, berpuisi bersama T.Y.T.Sehinggalah diri ini dianugerahkan Anugerah Kreatif, terima kasih diriku pada Utusan Publisher juga NTV 7.Diriku berjaya mengenggam segulung Diploma Penulisan Kreatif,Syukur pada Allah SWT.

Berkat sokongan keluarga dan rakan-raakan, terutamanya Arwah nenek tersayang, Halimaah binti Deraman, juga Arwah ayah tercinta Razali Bin Omar, dan sehingga kini sokongan padu dari ibu yang amat memahami Mek Essah Binti Yusoff, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Lembah Pantai, 3 tahun saya mengkaji segala teori dan pratikal melibatkan Seni Persembahan Drama.2011, berjaya mengenggam segulung Ijazah Seni Persembahan. Biar pun bukan senang untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan, diriku tetap gigih mencari peluang dan ruang untuk meneruskan minat dalam pekerjaan seni sehingga sekarang. Masa beredar, matahari terbit dan terbenam ternyata sudah hampir tujuh tahun diriku terlibat dengan  bidang decorative. Pesan ku pada diri, berusaha mencapai apa yang diingini bersama minat mendalam pasti, CEMERLANG.

No comments:

Post a Comment