Wednesday 20 April 2011

Kritikan Filem: Merong Mahawangsa

Malam pertama di tayangkan, saya mula menempah tiket di wangsa walk, dalam hati begitu berdebar-debar untuk mengikuti perkembangan cerita ini, antara tragis,sadis, klimaks dan endingnya.

Melihat garapan pada suasana zaman dahulu , lautannya, perkampungan melayu, pakaian para pelakon, props dan set juga tutur bahasa, amat mengkagumkan saya. Wow...

Saya juga ingin memberi pujian, pada lakonan khir, tapi bukan pada lakonan watak utamanya , kerana lakonan watak utama biasa sahaja, cuma diberi pujian para ketampanan serta kegagahan fizikal sahaja. Begitu juga gambaran yang diberikan pada perkampungan kumpulan lanun, amat bagus dan hidup suasannya.

Watak orang orang kampung serta pengikut lanun begitu, lemah dari segi fizikal dan lakonan terutamanya bila saat peperangan berlaku.

Amat bagus seandainya, watak Umi Nazira, perlu sekali mengikuti orang-orang kampung untuk menentang lanun demi melunaskan dendamnya, bagus sekali sekiranya beliau juga pandai bermain senjata.

Keseluruhannya, filem ini berjaya mengangkat martabat filem Melayu, dan saya doakan ianya mendapat anugerah di peringkat Antarabangsa. Ternyata Merong Mahawangsa, ada lah filem terbaik antara filem-filem lain pada alaf ini. Bersesuaian dengan kos yang dikeluarkan juga sidang promosi yang dibuat. Syabas untuk KRU Production.

No comments:

Post a Comment