erm...harapan begitu besar sebelum masuk panggung, sebab nak pergi tengok filem hantu, yang di posternyer...hati berkata, mesti lain dari yang lain...Uhuuuu masuk aje dan tonton, rupa-rupanya....sound effect bagus sangat.... effect make-up, pada watak hantu dengan bantuan teknologi terkini, bagus jugak. Tetapi pada bahagian jalan cerita, akhir cerita dan klimaksnyer...apa lagi mulut ni memaki-makilah...terasa rugi pulak, menontonnyer. Rasanyer bagus lagi melabur duit rm 10.00 tu kepada filem barat, sebab memang puas hati. Yerlah bayangkan sebelum beli tiket memang dah terfikir-fikir, tapi hati nak juga nekad tengok filem tu, baguslag tengok filem kartun 'RIO'....oklah tu jerlah nak cakap, peringatan untuk diri sendiri serta kawan2. Uh...KARAK lah sangat, awat tak letak tajuk KERAK.
TUNJONGgallery
Thursday, 2 June 2011
Saturday, 14 May 2011
Anak-anak lorong; Telefilem di Astro
Kenapa ye, dalam telefilem ini, di akhir cerita watak si adik di matikan, tidak dapat bersama menikmati kasih sayang seorang kakak yang begitu menyayanginya. Adik di matikan setelah si ibu yang ditolak dan terhantuk kepalanya pada dinding simen berpaku. Perlukan dalam cerita melayu, sentiasa di 'ending'kan sebegini. Geram hati menontonya, bukan geram pada para pelakon yang melakonkan watak-watak yang diberi, tapi pada pengarahnya dan mungkin pada pengarap ceritanya. Kritikan para watak adalah seperti dibawah:
Wan Maimunah, sebagai mami atau ibu ayam yang menjadi tauke dalam cerita ini, tidak perlulah di gambarkan melalui pakaian seumpama bomoh, dan tidak perlu cuba menghisap rokok dengan bersungguh, dan tidak perlulah mengunakan dialog yang 'wat lu'...'wat lu'....kita semua mengetahui lakonan Wan Maimunah dalam semua cerita menjadi, beliau seorang berpengalaman berlakon untuk filem, drama apatah lagi teater, cukuplah pakaiannya dengan t-shirt, jeans dan cukuplah sekadar rambut bersanggul.
Watak Lisdawati, sesuailah dari segenap sudutnya, sebagai seorang pelacur dan seorang ibu yang masih menyayangi anak-anaknya, biar pun anak-anak itu adalah anak luar nikah. Nasib baik Lisdawati tidak melakonkan seorang pelacur dan ibu yang mendera anak-anaknya, kalau tidak jawapannya....betambah geramlah hati saya.
Geram juga melihat watak penyangak yang di lakonkan oleh Fauzi Nawawi dan seorang lagi penyangak yang begitu bersungguh-sungguh mengejar watak kanak-kanak yang melepaskan diri dari kurungan, dan tidak perlulah menggunakan dialog terjerit-jerit untuk menampakan mereka itu penyangak. Watak penyangak itu boleh dimatikan dengan cara lain, tidak perlu dengan cara kemalangan. Mungkin boleh digambarkan mereka ditangkap pihak polis atau orang ramai pula yang mengejar mereka, dan menyerahkan mereka pada pihak berkuasa.
Banyak lagi saya nak komen mengenai Telefilem; Anak-anak Lorong ini terbitan Astro pada 13/5/2011, jam 9.00 malam. Tunggu ye.....
Friday, 13 May 2011
Friday, 6 May 2011
Sunday, 24 April 2011
Ulasan Teater: SAMSU
Teater ini patut di beri pujian, dengan isu ketagihan minuman keras oleh si ayah, mendatangkan kemelaratan pada seisi keluarga, si anak yang tidak bersekolah dipaksa mencari barangan buangan untuk menampung keluarga, si ibu yang sakit terpaksa bekerja untuk turut membantu perbelanjaan rumah. Anak gadis pula dijual dan tergadai kehormatannya semata-mata untuk melepaskan ketagihan arak oleh si ayah. Akhirnya si ayah di bunuh oleh isterinya demi menegakkan maruah keluarga, namun nasib tidak menyebelahi si ibu, diakhir cerita si isteri dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Melihat teater: 'a theatre/ contemporary dance: SAMSU The Unquenched Thirst' adalah satu pengalaman baru untuk saya sebagai penonton teater, setelah sekian lama tidak melibatkan diri sebagai penonton.
Teater ini secara keseluruhannya dipersembahkan dalam bahasa Tamil. Namun ianya idak menjadikan saya kerusi batu, dengan mulut terganga, kerana setiap penonton Melayu pasti memahami akan situasi dalam teater ini dari awal, klimaks sehinggalah endingnya.
Secara fizikal dialog memang dalam bahasa Tamil, namun secara emosinya pemahaman itu di garap dan diluahkan secara kemas melalui unsur taridra yang di selang selikan dengan setiap lakonan pelakon. Tarian kontem yang di garap oleh saudara Rithauddin, saya begitu mengkaguminya.
Muzik iringan, begitu berkesan, panas, suram, sedih daan gembira serta kelakar, berjaya diperdengarkan dengan meminta para penonton memahaminya dengan cepat dan mudah. Tahniah.
Apa-apa pun, secara tak langsung saya sebagai penonton baru untuk teater aliran Tamil ini, dapat mempelajari bahasa ibunda mereka.
Tahniah dan terima kasih untuk Asthana Arts Group.

Subscribe to:
Posts (Atom)